Terima bayaran dalam talian (Billplz, toyyibPay, Stripe)
Pelanggan bayar invois, sebut harga dan pesanan kedai dengan FPX, kad atau e-dompet, terus ke akaun anda sendiri.
- Buka akaun gateway anda sendiri. Billplz dan toyyibPay dari Malaysia (FPX, kad, e-dompet); Stripe untuk kad dan negara lain. Sediakan pendaftaran SSM dan akaun bank syarikat. Kelulusan biasanya beberapa hari bekerja.
- Bila gateway tanya tentang perniagaan anda, terangkan apa yang dijual, siapa pelanggan dan cara mereka bayar, dan beri laman web atau halaman syarikat anda (Boss beri satu di boss.lucco.ai/s/nama-anda).
- Billplz: buat Collection (contohnya "Invoices"), salin ID, kemudian salin API Secret Key dari Settings, kemudian Keys & Integration. toyyibPay: salin category code dan User Secret Key. Stripe: salin Secret key dari Developers, kemudian API keys.
- Dalam Boss, buka Kedai dalam talian, kemudian Bayaran. Pilih gateway, tampal Collection ID atau category code (tidak perlu untuk Stripe) dan secret key, kemudian tekan Sambung.
- Uji sekali: buat invois kecil kepada diri sendiri, buka pautannya, tekan Bayar dan bayar RM1. Invois bertukar dibayar dan resit dihantar sendiri.
- Selepas itu setiap pautan invois ada butang Bayar (deposit atau penuh), sebut harga boleh diterima dan dibayar, dan AI boleh hantar bil dengan butang bayar dalam chat.
Buka ini dalam Boss Panduan seterusnya: Buku akaun dan akauntan anda